Peja kata Bersatu takkan bertanding di kerusi Umno, Pas menang

Peja kata Bersatu takkan bertanding di kerusi Umno, Pas menang

Timbalan Presiden Bersatu, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu mengingatkan agar sesama Perikatan Nasional tidak bergaduh dalam pengagihan kerusi.

Menurutnya, kerusi sesuatu tempat bertanding menjadi hak milik parti yang menang.

Beliau memberi contoh, Parlimen Tambun kekal milik Bersatu kerana beliau menang di kerusi tersebut.

“Jangan gaduhlah. Kalau orang itu calon daripada Bersatu yang pernah bertanding pada pilihan raya umum lepas dan menang, seperti saya di Parlimen Tambun, kerusi itu milik dia.

Kalau bergaduh, Pas letak calon, UMNO letak calon, Bersatu letak calon, PKR letak calon… maka kebarangkalian lebih besar calon PKR boleh menang.” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu temuramah bersama Sinar Harian.

Kenyataan tersebut bermaksud Bersatu tidak akan bertanding di kerusi yang dimenangi Umno dan Pas.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/115816/BERITA/Wawancara/%5BWAWANCARA-EKSKLUSIF%5D-Pemimpin-kena-tahu-waktu-berkorban-Peja?fbclid=IwAR1o9fXhA0nQXWiijN5RQlNU9czamc3CKz-eTpNhWVCSyo-l5bedQvS7AvA