Peja nafi PN kumpul SD nak gulingkan Kerajaan Madani

Peja nafi PN kumpul SD nak gulingkan Kerajaan Madani

 

Perikatan Nasional menafikan menandatangani sebarang akuan bersumpah (SD) untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika ditemui pada Majlis Silaturrahmi Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, di Taman Selaseh Fasa 2 pada Sabtu.

“PN tidak membuat SD, kita hanya ada 74 kerusi dan istiqamah. Kita sedar perlu menjalankan tanggungjawab sebagai pembangkang yang berwibawa dan ia akan diteruskan,” katanya pada majlis anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak, Muhammad Hilman Idham.

“PN tidak membuat SD, kita hanya ada 74 kerusi dan istiqamah. Kita sedar perlu menjalankan tanggungjawab sebagai pembangkang yang berwibawa dan ia akan diteruskan,” katanya memetik Sinar Harian.

“Fokus PN ke arah untuk kekalkan kerajaan di Terengganu, Kelantan dan Kedah serta cuba mencari jalan ambil alih Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Dalam semangat Syawal ini, kita tak perlu fikir berkenaan perkara itu (ambil alih kerajaan), biar fokus khidmat kepada rakyat dan eratkan silaturrahim. Itu yang perlu dibuat,” katanya ketika mengulas desas-desus PN punyai 126 sokongan ahli Parlimen.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin ketika ditanya berkenaan perkara itu berkata, perlembagaan membenarkan pertukaran kerajaan dilakukan.

“Pertukaran kerajaan bukan perkara luar biasa atau perkara tidak boleh dilakukan kerana perlembagaan membenarkan untuk sesebuah kerajaan dirombak apabila gagal memenuhi aspirasi rakyat.

“Inilah keluhan rakyat ketika ini, apabila kerajaan yang dibentuk selepas PRU (pilihan raya umum) tidak mampu menyelesaikan isu ekonomi, kos sara hidup dan lebih banyak bercakap daripada bertindak.

“Selagi ia terikat dengan peruntukan perlembagaan dan peruntukan undang2, ia boleh dilakukan,” katanya.