Pekerja bank kantoi selepas cuba ‘scam’ pelanggan menjadi pencarum insurans demi capai sasaran jualan peribadinya
Pengguna FB menggunakan nama akaun Anni Arullah hari ini tampil mendedahkan modus operandi sebuah bank di negara inu yang cuba memerangkap pelanggan yang ingin membuka akaun baru.
Menurutnya, kejadian tersebut menimpa adik sepupunya sendiri, yang cuba mengaktifkan kembali akaun banknya bagi menggunakan prrkhidmatan kad debit.
Baca perkongsiannya…
MAKI PEGAWAI BANK OFFER PELAN INSURANS.
(Orang ramai juga perlu ambil iktibar)
15/2/2023
Adik sepupu nak buat kad bank (debit) .
Menunjukkan buku akaun lama tak aktif pegawai minta register acc baharu.
Semasa pendaftaran adik kurang faham dengan syarat yang dikenakan dan adik juga tiada cash.
1. Wajib ada RM250
2. Pendaftaran SSP
Justeru adik call saya (di tempat kerja) untuk bercakap dengan pegawai tersebut..dan saya minta pegawai tersebut untuk buka akaun simpanan sahaja.. yang tidak wajib tak perlu.. (pegawai cuba offer pelan insurance tapi saya tolak siap2 sebab adik tu baru nak kerja)
Pegawai:
Kalau adik encik nak buka akaun simpanan wajib buka sekali akaun SSP.. soal bayaran encik. Boleh transfer RM250 ke Akaun saya (personal). sebab akaun lama adik encik dah tak aktif.
Pendaftaran pun berjaya dibuat..
Balik kerja..
tiba-tiba ada resit pembayaran tambahan
1. BSN Takaful Sakinah (RM55/tahun)
2. BSN prudential (RM100 /bulan)
Aku memang naik angin dengan pegawai tu..!!
Kan dah bagitahu “Tak Nak”
16/2/2023
Aku datang kaunter jumpa pegawai tersebut
Pegawai:
“Betul Encik ini memang prosedur BSN”
Ann
“SOP perbankan mana insurance adalah diwajibkan semasa pendaftaran akaun baharu..bukan kah itu pilihan..???”
(Jari dia mula menggeletar scroll Tab sambil explain)
siasat punya siasat…tanya pegawai lain..
Jawaban yang diberikan tidak “STANDARD”.
Memang buat aku annoying gila dekat mamat sengal tu..
“Cara korang ni tak jauh beza dengan scammer tau.. kalau ada 10 000 orang macam adik aku yang “lurus bendul” ni memang buta-buta minta dorang sign borang jelah kan… yang penting kamu capai KPI, Sale dan Komisen even dorang tak paham pun apa yang korang offer… Aku dah bagtahu kau semalam melalui panggilan kan..susah nak faham ke?? See.. Hari ini kau menyusahkan aku tahu tak…!!”
Pegawai tu diam dan akui kesalahan..
Dan bersetuju untuk refund semua yang melibatkan insurans tu dalam masa 2 minggu..
Aku bukan skeptikal dengan insurans dan nilai duit tu tak besar mana pun..tapi cara kerja kamu ni aku tak berkenan..
Bukan aku tak info awal²..tapi pegawai tu yang cari pasal.
Kesimpulannya..
Insurans bukan tak bagus.. tapi cara kamu “memancing” pelanggan tu tidak transparent.. pelanggan TERPAKSA akur kerana tidak faham dengan prosedur..dan kamu mengambil kesempatan terhadap insan-insan “lemah pemahaman” di luar sana..kamu tak fokus pada tujuan pelanggan membuka akaun..malah kamu fokus nak “perangkap” pelanggan untuk membeli insurans..sila buat pelanggan faham dan berminat bukan nak putar belit cerita untuk perangkap..😏😏!!
#BSNMalaysia
#BSN
#takafulsakinah
#prudentialbsntakaful
#prubsntakaful