Pekerja Poslaju terkejut tengok bungkusan bergerak-gerak, bila buka tergamam tengok isi dalamnya

Pekerja Poslaju terkejut tengok bungkusan bergerak-gerak, bila buka tergamam tengok isi dalamnya

 

Zaman sekarang semua barang boleh dihantar menggunakan kurier penghantaran, namun bungkusan ini mungkin paling sukar dipercayai.

Tular satu video mengenai seorang pekerja poslaju yang bekerja di Pos Laju Shah Alam yang menunjukkan barang pos yang tiba-tiba bergerak.

Menurut sumbɛr daripada seorang penggṳna Facebook, Mohd Zaidi Bin Desa memaklumkan bagaimana pekerja pos terkejut melihat barang tersebut bergerak.

Bimbang jika ia adalah haiwan maka mereka membuat keputusan untuk membuka kotak, namun apa yang ditemui adalah binatang aneh yang digelar Jenglot.

Jenglot adalah makhluk misteri berbentuk seakan-akan manusia kecil yang berambut panjang, berkuku dan bergigi tajam.

Malah ada juga Jenglot yang berbentuk separuh manusia dan separuh lagi bahagian badannya adalah haiwan.

Biasanya ini adalah kepercayaan mistik yang sudah ada sejak zaman nenek moyang lagi.

Rata-rata warganet pelik mengapa bungkusan benda mistik itu dihantar menggunakan kurier.

“Kenapa hantar guna Poslaju, bukan ke boleh hantar guna angin sahaja,” komen pengguna Facebook.

“Haih. Benda kurafat pun dah canggih guna pos laju,” tambah pengguna lain.