Pelajar jahanamkan harta benda sekolah dihantar sertai khidmat komuniti

Pelajar jahanamkan harta benda sekolah dihantar sertai khidmat komuniti

 

Ibu bapa dan pelajar yang terlibat dalam video merosakkan harta benda sekolah di Seberang Perai Selatan (SPS) telah dipanggil untuk membantu siasatan kes.

Terbaru, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang memaklumkan pelajar terlibat akan dihantar menyertai khidmat komuniti sebagai intervensi sahsiah dan adab bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

Rosakkan harta sekolah, ini respon JPN Pulau Pinang

rosakkan harta sekolah

Mengenai nilai kerugian kesan kerosakan barang pula, pihak JPN Pulau Pinang berkata, ianya masih dalam siasatan.

Meluahkan rasa kesal mengenai isu vandalisme di sekolah, JPN negeri akan memastikan ia diberi perhatian yang serius oleh pihak sekolah.

Dalam satu kenyataan, pihak sekolah di semua peringkat diingatkan untuk mengambil langkah wajar bagi membendung dan mencegah perlakuan vandalisme atau gangsterisme di sekolah.