Pelajar KPTM cipta rekod tulis esei kurang 2 jam dalam air

Pelajar KPTM cipta rekod tulis esei kurang 2 jam dalam air

 

Menulis esei atau karangan sepanjang tiga muka surat pun kita sudah rasa lenguh, bayangkan jika korang perlu menulis dalam air?

Kedengaran tidak logik, tetapi baru-baru ini seorang pelajar telah menjadi individu pertama yang berjaya menulis esei sambil menyelam dalam kolam sedalam lima meter!

Ahmad Fudhail Ahmad Kenedi, 20, merupakam pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Alor Setar menerima pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records (MBOR) yang menulis esei bertajuk ‘Kepentingan Pembangunan Personaliti kepada Graduan’ di Pusat Akuatik Kedah.

Penuntut Diploma Pengurusan Pejabat itu berjaya menulis 350 patah perkataan menggunakan pen dan buku kalis air dalam tempoh sejam 34 minit.

Katanya, usaha itu dilakukannya sebagai inovasi dalam bidang selaman, selain galakan buat golongan muda untuk mengejar impian.

Menurut Ahmad Fudhail, pada awalnya bercadang untuk mencipta rekod itu di laut tetapi mengubah rancangan kepada kolam disebabkan faktor keselamatan termasuk cuaca yang tidak menentu.

391272447 1038428077114164 5389284507445782932 N

“Dalam tempoh 20 hingga 30 minit pertama, segalanya berjalan lancar, namun selepas itu mula rasa sejuk, ketika itu di perenggan ketiga karangan.

“Saya juga berdepan kesukaran menulis dalam keadaan badan beralun, namun Alhamdulillah dapat juga selesaikan cabaran ini dan menunaikan janji kepada pihak kolej bagi memastikan sijil MBOR diperoleh,” katanya.

Ujarnya, anugerah MBOR yang diterima adalah permulaan buatnya dalam mencapai pengiktirafan lebih besar termasuk di peringkat dunia, seperti menyelam tiga hari berturut-turut.

Tahniah, bukan semua orang mampu cipta rekod sebegitu!