Pelajar sekolah di Kelantan bertindak ganas, bergaduh besar, siap ada penonton!

Pelajar sekolah di Kelantan bertindak ganas, bergaduh besar, siap ada penonton!

 

TULAR satu video membabitkan pergaduhan antara dua pelajar sekolah menengah di sebuah kawasan lapang dipercayai dekat Ketereh, Kelantan.

Klip berdurasi 30 saat yang tersebar di sosial media sejak Ahad itu difahamkan membabitkan pelajar daripada dua sekolah berasingan di daerah terbabit.

Menerusi video itu, sekumpulan pelajar yang memakai pakaian sukan sekolah masing-masing dilihat turut berada di sekitar dan bersorak menyaksikan pergaduhan berkenaan.

 

Bagaimanapun, waktu dan tarikh sebenar insiden tersebut tidak dapat dipastikan.

Pihak berkuasa dan sekolah terbabit juga didapati masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.