Pelakon kacak berimej ‘alim’ kantoi curang, isteri terbaca mesej lucah dengan skandal
Belum reda kisah rumah tangga beberapa pasangan selebriti, timbul pula cerita baharu membabitkan pelakon kacak berusia 20-an yang dikatakan curang dengan wanita lain.
Menurut sumber Harian Metro, hubungan terlarang pelakon lelaki yang juga bapa kepada dua cahaya mata itu sudah diketahui isterinya.
Episod kecurangan pelakon lelaki yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan pencarian ‘hero’ suatu ketika dahulu terbongkar ketika isterinya memeriksa mesej di telefon.
Tindakan itu dibuat berdasarkan naluri isteri yang melihat banyak perubahan berlaku dalam diri suaminya.
Luluh hati isteri pelakon lelaki yang berimej ‘alim’ itu apabila membaca mesej yang dihantar daripada skandal suaminya yang berunsur lucah dan menjijikkan.
Menguatkan lagi dakwaan kecurangan itu apabila pelakon lelaki terbabit memadam gambar isterinya di Instagram dan membiarkan gambar bersama dua anak saja.
Sumber Harian Metro berkata, isteri pelakon itu mengambil pendekatan berdiam diri kerana sedar dirinya adalah orang biasa dan tidak bekerja selain hanya bergantung harap dengan suaminya.
Malah, pelakon itu didakwa sudah mula buat hal sejak mereka dikurniakan cahaya mata pertama lagi.