Pelakon lelaki didakwa hisap dadah & pukul isteri, mengaku terkena buatan orang hanya menipu?

Pelakon lelaki didakwa hisap dadah & pukul isteri, mengaku terkena buatan orang hanya menipu?

Portal hiburan Boom! melaporkan seorang pelakon lelaki tergamak menipu pihak media kononnya dia disihir oleh individu yang tidak berpuas hati dengannya sehingga menyebabkan dia susut berat badan 20 kilogram secara mendadak.

Menurut laporan itu, pelakon lelaki berkenaan sebelum ini mendakwa dia telah disihir dan hal itu membuatkan dia tidak menerima sebarangan tawaran kerja dalam industri tersebut.

Dalam kenyataannya sebelum ini, pelakon itu berkata dia juga mengambil inisiatif bertemu dengan ustaz yang kemudian mengesahkan dia terkena buatan orang yang sememangnya mahu menyekat rezekinya.

Bagaimanapun, laporan Boom! semalam mendedahkan pelakon lelaki itu sebenarnya terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Dakwanya dulu berat badan turun mendadak akibat sihir, tapi rupa-rupanya ‘mentekedarah’ dadah! Faham-faham sajalah kalau jadi tahi dadah ni, mulalah hilang pertimbangan.

“Kepada pelakon lelaki itu, cukup-cukuplah menipu media dengan cerita jin, syaitan awak tu. Kalau iya pun nak raih simpati untuk dapatkan job.

“Lagi satu, sudah-sudahlah jadi biawak hidup ditanggung isteri. Dulu bolehlah, sekarang isteri pun dah berhenti kerja dengan ‘gomen’ dan harap reviu produk sahaja di media sosial,” kata Cik Lesung (Boom!).