Pelakon Linda Hashim & Beego mengaku bercerai, tapi rujuk kembali dalam edah

Pelakon Linda Hashim & Beego mengaku bercerai, tapi rujuk kembali dalam edah

 

Pasangan selebriti, Beego dan Linda Hashim dikhabarkan sudah rujuk semula selepas memaklumkan bercerai pada 27 Mac lalu.

Berita tentang penceraian mereka bertiup kencang selepas ada dakwaan satu lagi pasangan artis berpisah baru-bru ini.

Walaupun tidak mendedahkan nama, namun netizen dapat meneka bahawa Beego dan Linda adalah individu yang dimaksudkan.

Rujuk semula dalam tempoh edah

Memetik laporan dari Harian Metro, pasangan terbabit telah kembali bersama pada 9 April lalu iaitu dalam tempoh edah.

Menurut Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim penceraian yang berlaku berpunca daripada tiada lagi persefahaman dan kurang berkomunikasi.

“Perceraian kami bukan disebabkan oleh penyondol (orang ketiga). Begitu juga, bukan kerana masalah kewangan sebagaimana dihadapi pasangan lain.

“Macam yang saya katakan, kami memang berhadapan masalah persefahaman dalam komunikasi. Ia berpunca, mungkin kerana banyak perkara yang masing-masing pendam di dalam hati sebelum ini,” jelasnya.

Ujian dalam perkahwinan ada macam2

Beego juga mengatakan masalah yang terjadi merupakan asam garam dalam berumah tangga yang dihadapi oleh setiap pasangan suami isteri.

“Saya percaya, setiap pasangan yang berkahwin itu akan berhadapan ujian-ujiannya. Lima tahun awal (berkahwin) diuji dengan persefahaman dan untuk 10 tahun perkahwinan pula diuji perkara lain.

“Apapun, saya bersyukur kami boleh berbaik semula dalam tempoh yang singkat dan dapat menyelamatkan rumah tangga ini semula demi perasaan kami dan anak-anak,” ujarnya.

Tak sangka perceraian dapat dihidu media

Pelakon filem Gila-Gila Pengantin Remaja itu akui agak terkejut apabila masalah rumah tangga mereka diketahui media kerana dia dan Linda tidak pernah berkongsi apa yang dihadapi di media sosial.

“Saya terkejut kedatangan kami ke mahkamah pagi ini diketahui media. Ini kerana, saya berusaha menyembunyikan kisah rumah tangga kami kerana melihat ramai pasangan selebriti kini berhadapan masalah rumah tangga,” katanya.

Untuk rekod, pemilik nama sebenar, Mohamad Aszerul Nizam dan Linda Hashim telah medirikan rumah tangga pada  7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.