Pelakon remaja popular terkinja-kinja menari siap digendong lelaki, dah tak bertudung ke tu?

Pelakon remaja popular terkinja-kinja menari siap digendong lelaki, dah tak bertudung ke tu?

 

Terbaharu, seorang pelakon remaja popular menimbulkan kontroversi apabila dikhabarkan tampil sudah tidak lagi bertudung.

Sebelum ini beliau pernah menafikan diri sudah tidak lagi berhijab.

Menurut portal Boom, terdapat satu video memaparkan seorang perempuan muda mirip pelakon remaja tersebut.

Penampilan yang dipaparkan juga dikatakan amat berbeza dari sebelum ini dan tudung juga sudah tiada.

Jika sebelum ini penampilannya kelihatan sopan di mata masyarakat, tetapi perilaku yang dipaparkan dalam video itu sememangnya keterlaluan kerana terkinja-kinja dengan rakan yang lain.

Paling tak sangka, pelakon tersebut juga sakan berjoget di parti hari jadi kenalannya itu sambil bercampur lelaki serta perempuan seakan-akan berada di kelab malam.