Pelakon terkenal akhirnya mengaku buat seks luar tabii terhadap isteri
Bintang dari Indonesia, Rizal Djibran mengaku melakukan seks luar tabii terhadap isterinya iaitu Maesarah Nurzaka atas persetujuan bersama.
Menurut peguamnya, Rizal, 46, melakukan perbuatan itu kerana Maesarah atau lebih dikenali Sarah tidak dapat melakukan hubungan intim secara normal.
Katanya, Sarah disahkan menghidap masalah jangkitan kuman pada bahagian kemaluan dan harus mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti seks.
Bagaimanapun, demi menjaga keharmonian dalam rumah tangga, Sarah dan Rizal sama-sama bersetuju untuk mencuba sesuatu yang berbeza.
“Dia (Sarah) mengalami jangkitan yang sangat bahaya di mana pintu (alat kelamin) tidak boleh terbuka. Doktor nasihatkan mereka ‘berpuasa’ selama enam hingga satu tahun.
“Mungkin kerana Sarah masih sayangkan Rizal, dia minta cara lain. Perlu ditegaskan mereka melakukan itu atas faktor kesihatan.
“Aktiviti itu atas inisiatif Sarah sendiri yang mengajak Rizal melakukannya,” ujar wakil peguam seperti yang dipetik dari Jawa Pos.
Kisah rumah tangga Rizal menjadi perhatian sejak beberapa bulan lalu selepas Sarah membuat laporan polis pada 13 Februari lalu atas dakwaan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Sarah turut menyebut berlaku hubungan seks songsang namun tidak menjelaskan secara terperinci ketika laporan dibuat.