Pelakon veteran, Hashim Abdul Rahman kembali ke rahmatullah

Pelakon veteran, Hashim Abdul Rahman kembali ke rahmatullah

 

PELAKON veteran Hashim Abdul Rahman menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.45 pagi Rabu di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh.

Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh anak lelakinya yang juga pelakon Buzen Hashim.

Hashim berusia 75 tahun.

Allahyarham dilaporkan sudah lebih seminggu terlantar di hospital berkenaan akibat beberapa komplikasi penyakit termasuk diabetes dan masalah buah pinggang.

Dalam pada itu, jenazah akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur untuk disolatkan di Masjid Jamek Kampung Baru selepas solat Asar.

Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas itu.

Untuk rekod, Hashim yang pernah membintangi pelbagai drama dan filem juga adalah bekas Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pada 1991.