Pelakon wanita berstatus janda sondol suami orang, isteri pasrah mahu bercerai

Pelakon wanita berstatus janda sondol suami orang, isteri pasrah mahu bercerai

Belum reda dengan isu melibatkan anak pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Diana Hakim ‘menyondol’ suami orang, kini timbul lagi satu cerita yang lebih kurang sama membabitkan pelakon berstatus janda.

Difahamkan dari laporan Gempak, seorang aktres telah menjadi ‘penyondol’ terhadap seorang lelaki berstatus suami sehinggakan rumah tangganya retak.

Hal yang lebih mengejutkan apabila pelakon tersebut melakukan hal ini sejak dirinya masih bergelar isteri lagi.

curang

 

Disebabkan tidak dapat menahan perit dicurangi, isteri kepada lelaki tersebut telah ke mahkamah syariah untuk memfailkan perceraian.

Difahamkan lagi, pelakon tersebut pandai ‘bermain wayang’ dengan memuat naik foto bersama anak di Instagram seakan-akan dia seperti wanita teraniaya demi mengaburi mata peminat.