Pelaku aksi ‘wheelie’ serah diri, rupanya pasangan suami isteri belasan tahun

Pelaku aksi ‘wheelie’ serah diri, rupanya pasangan suami isteri belasan tahun

Suami isteri ditahan pada Khamis selepas aksi ‘wheelie’ yang dilakukan di Jalan Pasir Puteh, Peringat, di sini tular.

Memetik Sinar Harian, pasangan yang berusia 16 dan 17 tahun itu telah menyerah diri pada jam 10 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, sebelum itu pasangan suami isteri terbabit bertindak menghilangkan diri selama dua hari selepas diburu pihak polis.

“Mereka kini dalam proses permohonan reman pada Jumaat untuk siasatan lanjut.

“Kes akan disiasat bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber : Page FB Inforoadblock

Sumber : Page FB Inforoadblock

Sumber : Page FB Inforoadblock

Menurut beliau, kedua-dua suspek dipercayai terlibat dalam aksi menunggang motosikal secara merbahaya yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Ujarnya, jika disabitkan kesalahan mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000, tidak lebih daripada RM15,000.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan polis giat mengesan penunggang motosikal yang melakukan aksi ‘wheelie’ sambil membonceng seorang wanita.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, aksi itu tular di media sosial.

“Video itu memaparkan penunggang terbabit lengkap berpakaian baju Melayu,” katanya.