Pelanggan restoran ini buat gila redah masuk rumah janda sedang berkemban

Pelanggan restoran ini buat gila redah masuk rumah janda sedang berkemban

Pelakon, Zarina Anjoulie meluahkan rasa geram apabila segelintir pelanggan kedai makan ibunya tidak menghormati ‘privacy’ mereka sekeluarga.

Menurut Anju, pelanggan tersebut siap masuk ke dalam rumahnya meskipun telah dilarang.

Buat macam rumah sendiri
Aku tak faham manusia ni dah makan dekat kedai emak aku, pasti nak jalan-jalan sampai masuk rumah aku. Annoying bila dah cakap suruh keluar macam tak faham bahasa.

Bukan sorang, satu kampung pula tu. Aku dah cakap sekali tak faham bahasa, lepas tu kau marah aku suruh cakap elok-elok.

Orang berkemban ni haa dekat rumah, kau bawa anak beranak kau. Percaya atau tidak, ada yang sampai masuk rumah, duduk macam buat rumah sendiri.

Tapi bila aku keluar bilik, dia orang lari sambil cakap ‘ek ada orang lari’ jadi kau tahu la ni rumah orang.

Menurut Anju, dia berasa hairan dengan sikap manusia yang tidak faham bahasa sejak belakangan ini.

Ujarnya, bukan seorang dua yang datang ke rumahnya pada masa itu. Sebagai manusia biasa,

Anju meluahkan rasa rimas apabila ‘privacynya’ ketika berada di dalam rumah diganggu oleh orang yang tidak dikenali.

Anju turut memberitahu bahawa dia sudah menegur individu berkenaan secara baik namun, teguran tersebut tidak dipedulikan.

Cakap elok-elok tak nak keluar
Untuk mak cik tadi, aku dah cakap elok-elok dekat kau tadi kau yang tak nak keluar. 4 kali aku suruh kau keluar tak menyirap aku? Come on please respect other peoples privacy.

Dekat luar aku dah memang jadi hal netizen ok fine tapi takkan sampai dekat rumah aku sendiri pun aku tak ada privasi!

Di samping itu, Anju berharap setiap individu mempunyai rasa hormat terhadap ‘privacy’ individu lain.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Anju memberi pesanan buat individu berkenaan agar menjaga adab ketika berkunjung ke sesuatu tempat.

Jelas pengikut Anju lagi, kedai makan dan rumah merupakan dua tempat yang berbeza.

Oleh itu, individu yang diperkatakan oleh Anju itu perlu berfikir sama ada tindakan yang dilakukan itu betul atau salah.

Sinonim dengan imej seksi dan bermulut lantang, pelakon sensasi Zarina Anjoulie bagaimanapun ingin menjadi wanita baik-baik, contohnya ustazah sebagai watak lakonannya.

Zarina atau mesra disapa Anju mahu memberikan kelainan dan mengelak daripada membawakan watak klise yang selalu dimainkan oleh pelakon lain, sekali gus satu cabaran baharu buat dirinya.

“Saya sebenarnya teringin hendak bawakan watak seorang ustazah. Watak sebegitu memang menarik, selain akan membuatkan penonton teruja untuk melihat saya dalam televisyen.

“Saya tidak kisah jika terpaksa mencabut bulu mata palsu dan memakai tudung labuh jika perlu membawakan watak seorang ustazah. Tidak salah rasanya jika saya tampil dengan kelainan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditemui semasa majlis pelancaran filem Hantu Kuat Ketawa di Hadramawt Kitchen di Jalan Ampang, Kuala Lumpur hari ini, Zarina turut mengakui menerima banyak tawaran berlakon sepanjang tempoh ‘berehat’ sejak beberapa tahun lalu.

Bukanlah berlagak diva, Zarina terpaksa menolak tawaran tersebut atas beberapa faktor, terutama apabila terpaksa berjauhan dengan anaknya.

“Memang dah lama saya tidak berlakon dan menolak banyak tawaran kerana tidak boleh jauh dengan anak.

“Kebanyakkan penggambaran perlu dilakukan di luar Kuala Lumpur dan Nilai. Namun, saya sedia mempertimbangkan sebarang tawaran,” ujarnya.

Mengenai pembabitannya dalam filem Hantu Kuat Ketawa dengan membawakan watak Datin Nilam, Zarina terbuka hati untuk berlakon dalam filem arahan Mawi itu kerana terlalu meminati penyanyi itu.

“Sejak Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) lagi saya memang minat dengan Mawi. Jadi, apabila ditawarkan berlakon bawah arahannya, sudah tentu sukar untuk saya tolak.

“Lagipun jalan cerita filem ini cukup menarik. Selepas mendapat tawaran saya terus berikan persetujuan,” ujarnya.

Selain Zarina, filem Hantu Kuat Ketawa yang akan ditayangkan menerusi Astro First bermula 27 Januari ini turut dibintangi pelakon Saiful Apek, Syanie dan Along Cham.

Dalam pada itu, bekas pencetus ummah, PU Rahmat tampil menegur artis yang ingin melakonkan watak ustazah kerana untuk mendapatkan keinsafan

“Ada seorang artis kata nak berlakon watak ustazah untuk dapatkan keinsafan. Ginilah, kalau nak insaf elok berlakon watak kena kafan.masuk kubur dan timbus”

Dah tentulah aku kejar duit dulu – Zarina Anjoulie
Pelakon dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie, tidak melihat keperluan untuk bersusah payah berada di set penggambaran demi bekerja sebagai pelakon kerana tugas sebagai pempengaruh media sosial lebih memberikan pendapatan lumayan buat dirinya.

Menurut Zarina, dia tidak menolak tawaran berlakon tidak pernah putus namun perlu bertindak bijak memilih dan membuat keputusan yang mana lebih berbaloi.

“Ramai wartawan yang tanya kenapa saya dah lama tak berlakon? Dah tiada job atau tiada tawaran disebabkan kontroversi?

“Sentiasa saja ada tawaran itu. Tapi kalau kerja saya sekarang sebagai seorang pempengaruh jauh lebih berganda gajinya dan boleh santai, kenapa saya patut pergi ikut penggambaran yang menawarkan gaji kurang dan kerja penat macam anjing?”katanya.

Zarina meluahkan perkara tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada malam tadi.

Terdahulu, Zarina menghadiri majlis sidang media filem Hantu Kuat Ketawa yang diadakan di ibu kota pada sebelah siangnya.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah pengarah dan penerbit filem tersebut, Mawi dan barisan pelakon lain iaitu Saiful Apek, Syanie, Anas Tahir dan Along Cham.

Selain itu, Zarina juga menjelaskan bahawa keputusannya untuk tidak menerima tawaran berlakon dengan mudah kerana cukup tahu mengenai soal bayaran standard buat pelakon-pelakon dalam industri.

“Gaji penggambaran seminggu saya boleh buat dalam masa dua hari dengan melakukan rebiu cuma di rumah. Jadi buat apa saya nak susah payah pergi ke set penggambaran sampai pagi buta tinggalkan anak cuma untuk itu?

“Di mana logiknya?Umur saya sudah 35 tahun. Jadi dah tentulah saya akan kejar duit dulu, glamor kemudian. Adakah saya merindui dunia lakonan? Ya. Tapi tak sanggup lagi nak pergi ke set penggambaran macam zaman dulu.

“Tahulah industri Malaysia ini sedih bila bab bayaran itu dan ada juga yang tak dapat bayaran langsung. Jadi, buat apalah nak buat kerja susah bila kerja senang ada dan lagi seronok sebagai pempengaruh,”katanya.

Sumber : trendingsangat