Pelanggan terkejut roti ‘hotdog’ penuh kulat, siap dah makan separuh

Pelanggan terkejut roti ‘hotdog’ penuh kulat, siap dah makan separuh

 

Baru-baru ini, tular di laman Twitter mengenai sebuah ciapan memaparkan foto roti ‘hotdog’ dari sebuah restoran terkenal dipenuhi kulat telah mengundang rasa kurang senang orang ramai.

Menerusi tangkap layar hantaran di Facebook, seorang pelanggan terkejut apabila mendapati roti yang dipesan berkulat seperti sudah beberapa minggu dimasak namun dipanaskan berulang kali.

Menurutnya lagi, dia enggan memanjangkan isu berkenaan walaupun roti berkulat itu sudah dimakan oleh anaknya hampir separuh.

zus

Sis tak mau bising-bising.. dapat roti hot roll add on kulat nasib tak tumbuh cendawan.. anak dah makan half.

Dia nak makan hotdog je sekali ambik.. ada perisa tambahan, nasib jugak nak buang roti tu kalau tak habis ditelannya.

Bagaimanapun, wanita itu memaklumkan pihak restoran telah bertanggungjawab atas insiden tersebut dengan menggantikan dengan roti hot dog lain serta memberi voucher kepadanya.

Geli kot tengok entah roti berapa minggu dia pergi panaskan.. then diorang ambik semua roti hotdog dekat tray tu buang.

Dalam pada itu, wanita itu berharap pekerja di mana-mana restoran makanan supaya lebih peka dengan perkara sebegini kerana bimbang dapat menjejaskan kesihatan pelanggan.

Kerja kedai jual makanan patut kena alert la benda macam ni bahaya tau, buatnya jenis perut tak tahan ke apa.

zus

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen meluahkan rasa jijik dan ‘loya tekak’ melihat roti dipenuhi kulat itu.

Malah, ramai juga yang meluahkan rasa kecewa terhadap pihak restoran kerana sanggup menjual makanan yang sudah busuk dan berkulat.