Pelayar media sosial dedahkan identiti pelakon terlibat kes pukul ‘guard’ kondo
Teka-teki siapa pelakon yang direman akibat kesalahan memukul dan mencederakan pengawal keselamatan kondominium semalam akhirnya didedahkan pengguna media sosial.
Menurut komen yang dimuatnaik pengguna media sosial menerusi berita yang disiarkan laman FB Harian Metro hari ini, mereka mendakwa pelakon yang dimaksudkan ialah Sharnaz Ahmad atau Sang Bara, naga Maharajalawak.
Ianya dikuatkan lagi selepas carian silang terhadap umur Sharnaaz Ahmad di internet menyamaiciri-ciri umur suspek seperti dilaporkan media.
Semalam, Harian Metro melaporkan pelakon lelaki yang direman tiga hari selepas menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di kondominium di Segambut, akan dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) esok.
“Lelaki terbabit akan diberi jamin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul esok. Siasatan juga sudah lengkap,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Semalam, pelakon lelaki direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di kondominium di Segambut, di sini, kelmarin.
Suspek berusia pertengahan 30-an yang juga penghuni di kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang pengawal keselamatan dalam kejadian pada jam 8.30 malam, Khamis lalu.
Kejadian berlaku apabila suspek meminta rakannya membeli minyak masak.
Ketika rakan suspek hendak menghantar minyak masak kepadanya, pengawal keselamatan di kondominium berkenaan tidak membenarkan rakannya itu masuk.
Berlaku pertengkaran mulut di antara kawan suspek dan pengawal keselamatan di situ.
Suspek kemudian turun ke tempat kejadian dalam keadaan marah terus menumbuk dan menendang muka, dada dan perut mangsa.