Pelik!!! Biarpun didakwa menfitnah bapanya, Nurul Izzah mengambil sikap pertahankan Khairy

Pelik!!! Biarpun didakwa menfitnah bapanya, Nurul Izzah mengambil sikap pertahankan Khairy

Penasihat kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menepis dakwaan Malaysia terlebih bayar untuk vaksin Covid-19 akibat kronisme yang disifatkannya tiada merit.

Menjawab catatan Twitter perunding pediatrik, Dr Musa Mohd Nordin yang mendakwa “kroni” dalam rantaian bekalan menyebabkan kos perolehan vaksin oleh Malaysia meningkat, Dimishtra Sittampalam berkata, dakwaan doktor terbabit adalah “serius dan tidak berasas”.

“Ketika Malaysia berunding dengan Moderna, ia dilakukan secara terus dengan Moderna Inc, seperti yang dilakukan dengan Pfizer,” katanya dalam kenyataan di Twitter, hari ini.

“Sebut harga yang dikemukakan kepada kita adalah tinggi berbanding Pfizer, yang mana mempunyai persamaan profil mRNA. Kita membeli 44 juta dos Pfizer,” katanya di Twitter.

“Harga yang diberikan kepada kami lebih tinggi daripada Pfizer, yang memiliki profil mRNA sama. Kami belia 44 juta dos Pfizer.”

Dimishtra, yang pernah menjadi penasihat teknologi Khairy ketika beliau menjadi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata harga umum vaksin boleh didapati dalam talian – dan berkata ia sememangnya diketahui Moderna antara vaksin paling mahal.

“Semua kontrak sudah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), yang turut dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang. Mereka berpuas hati dengan kontrak itu.”

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, yang juga ahli PAC, turut mempertahankan kementerian berkenaan dengan berkata, jawatankuasa itu berpuas hati dengan proses perolehan vaksin dan terdapat merit bagi pilihan portfolio vaksin.

Katanya, orang ramai boleh membaca sendiri laporan PAC akan datang berhubung perkara itu, yang turut mengambil kira perjanjian tidak boleh didedahkan syarikat farmaseutikal.

Musa yang lantang mengkritik cara kerajaan menangani pandemik itu berkata, vaksin boleh diperoleh pada harga berpatutan, namun mendakwa “kroni dalam transaksi rantaian bekalan” yang menyebabkan harga vaksin meningkat.

“Sudah menjadi amalan dan etika perniagaan di Malaysia,” katanya di Twitter.

“Harga (vaksin) perlu dikawal demi memastikan ia mampu dibeli,” katanya.

Sumber – FMT