“Pelik budak 6 tahun boleh pandu jalan sempit, tempuh 3 simpang dan 1 lampu isyarat” – Saksi

“Pelik budak 6 tahun boleh pandu jalan sempit, tempuh 3 simpang dan 1 lampu isyarat” – Saksi

Kisah seorang budak berusia 6 tahun memandu kereta bersama adiknya berusia 3 tahun pergi ke kedai untuk membeli mainan telah menggemparkan orang ramai sejak semalam.

Penduduk kampung dan jiran di situ masih tertanya-tanya dan buntu memikirkan bagaimana kejadian itu berlaku. Ya lah, memang mustahil bila difikirkan seorang budak kecil mampu memandu sejauh 2.5km!

Difahamkan, dari rumah mereka di Kampung Baru Teluk, Mukim Ulu Melaka nak menuju ke kawasan kedai di pekan perlu melintas sekurang-kurangnya tiga persimpangan termasuk melalui lampu isyarat di pekan.

Fv0Hzrxaaaaqup2

Gaya memandu kereta memang luar biasa

Seorang saksi kejadian yang dikenali sebagai Mat Kod berkata, pada malam itu, dia ada berselisih dengan kereta terbabit yang dipandu di jalan tar mini menghala ke jalan besar.

“Ketika itu waktu hampir jam 11 malam, dan akibat keadaan gelap saya tidak nampak siapa yang memandu kereta itu, tapi gaya memandu kereta putih itu memang luar biasa,” katanya kepada Berita Harian.

Dia juga tidak percaya dan keliru apabila mengetahui pemandu kereta terbabit dipandu oleh seorang budak yang kemudian terbabit kemalangan.

Menurut seorang jiran yang bernama Kak Yah, agak mustahil kanak-kanak itu memandu di jalan yang sempit dan berselekoh. Laluan yang ditempuh juga perlu berhenti di simpang tiga sebelum ke jalan utama yang dilalui banyak kereta.

Dalam perkembangan lain, budak lelaki itu mendakwa kereta terbabit sebenarnya dipandu seorang pakcik tua berbadan besar dan berbulu yang dipanggil sebagai Tok Wan. Namun begitu, kesahihan cerita tersebut tidak dapat dipastikan setakat ini.