Pelik tengok beca bergoyang, rupanya 2 lelaki warga emas kantoi berasmara tanpa seurat benang

Pelik tengok beca bergoyang, rupanya 2 lelaki warga emas kantoi berasmara tanpa seurat benang

 

Dua lelaki warga emas ditangkap oleh penduduk sebuah kampung di Medan, Indonesia ketika melakukan hubungan seks di dalam sebuah beca.

Menerusi permulaan video yang tular, sebuah beca kelihatan bergoyang, sekali gus menimbulan syak wasangka dalam kalangan penduduk setempat.

Kemudian, seorang lelaki yang memegang sebatang kayu dilihat berjalan mengampiri beca itu untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.

Tidak lama kemudian, dua lelaki tua dapat dilihat berada dalam keadaan berbogel di dalam beca berkenaan.

Selepas perbuatan terkutuk itu ‘kantoi’, kedua-dua lelaki berkenaan segera memakai pakaian mereka.

Video itu turut menunjukkan salah seorang daripada pelaku mengangkat tangan meminta belas ihsan penduduk selepas mereka ditangkap.

Dalam pada itu, seorang penduduk setempat dikenali sebagai Roni mengesahkan kejadian itu berlaku pada Ahad lalu.

“Pada mulanya ada penduduk melihat beca itu bergoyang. Selepas itu, penduduk lain datang dan terkejut melihat dua lelaki melakukan perbuatan kotor di dalam beca,” kata Roni.