Pelik Tetapi Benar : Ketika rakan sebaya berebut menayang kereta mewah milik keluarga, anak gadis kepada pasangan jutawan ini memilih menaiki bas sekolah

Pelik Tetapi Benar : Ketika rakan sebaya berebut menayang kereta mewah milik keluarga, anak gadis kepada pasangan jutawan ini memilih menaiki bas sekolah

Anggapan bahawa hampir semua anak muda mengimpikan kehidupan mewah dengan dikelilingi kerlipan barangan berjenama sebenarnya tidaklah tepat kesemuanya.

Malah ramai juga anak kenamaan yang mengimpikan kehidupan sederhana dan jauh daripada tumpuan ramai.

Begitulah kisahnya yang menimpa salah seorang anggota kumpulan popular dunia, Spice Girls iaitu Victoria Beckham.

Baru-baru ini, dia mendedahkan kelakuan anak perempuannya, Harper Seven Beckham yang dilaporkN malu mempunyai ibu bapa yang terkenal.

Memetik Mstar, Victoria berkata anak bongsunya itu juga berasa malu apabila suaminya, David Berckham menghantarnya ke sekolah dan meminta untuk menaiki bas seperti mana rakan-rakannya yang lain.

Dedahnya lagi, Harper pernah meminta David memberhentikan kereta jauh daripada pintu pagar sekolah kerana tidak mahu orang lain melihat dia turun daripada kereta mewah.

Harper bersama keluarganya.

“David menghantarnya menggunakan kereta Rolls Royce ketika itu dan tiba-tiba Harper minta diturunkan di tepi jalan.

“Tak hanya itu, dia pernah beritahu mahu menaiki bas sekolah sama seperti rakan-rakannya yang lain,” katanya.

Victoria dan Beckham

Victoria mendedahkan perkara itu menerusi episod terbaharu podcast Armchair Expert baru-baru ini.

Kata Victoria dia mengetahui tentang perkara itu selepas dimaklumkan oleh David ketika berbual-bual mengenai anak kesayangannya itu.