Peluang beli kereta terpakai dengan BSN MyAuto-i, pinjaman serendah RM20,000

Peluang beli kereta terpakai dengan BSN MyAuto-i, pinjaman serendah RM20,000

Ada yang berpendapat bahawa membeli kereta baru ialah sebuah perbelanjaan yang merugikan kerana kereta ialah produk yang susut nilai setiap tahun.

Oleh itu, mari kita berbalik kepada tujuan mengapa kita membeli kereta. Adakah ia sebagai simbol kemewahan atau cukuplah sebagai alat menghantar kita ke sesuatu destinasi?

Jika difikirkan sejenak kita memerlukan kereta yang selesa untuk kegunaan seharian. Jadi, kesimpulannya beli lah kereta terpakai kerana harga yang lebih murah dan berpatutan.

Bank Simpanan Nasional telah mewujudkan sebuah pembiayaan untuk memudahkan orang ramai membeli kenderaan terpakai dibawah program Pembiayaan Sewa Beli-i BSN atau BSN MyAuto-i UsedCar.

Ia juga terbuka kepada semua kenderaan terpakai yang diterima oleh BSN sahaja dengan tempoh pembiayaan yang sangat berbaloi.

Apakah Manfaat BSN MYAUTO-i USED CAR ?

Margin Pembiayaan

    • Minimum: RM20,000
    • Maksimum: Sehingga 90% daripada harga jualan

Tempoh Pembiayaan

    • Minimum: 36 bulan
    • Maksimum: 108 bulan (tertakluk pada umur persaraan)

Jangka Hayat Kenderaan

    • Maksimum: 15 tahun (rujuk tahun diperbuat) pada akhir tempoh pembiayaan

Kadar Keuntungan

    • Daripada *3.00% hingga 3.80% setahun

Apakah Kelayakkan Memohon BSN MYAUTO-i USEDCAR?

  • Kakitangan Sektor Kerajaan dan Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC).
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas ketika memohon dan TIDAK melebihi umur 60 tahun semasa tamat pembiayaan.
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan (status tetap atau kontrak).
  • Tidak bankrap.
  • Jumlah pemotongan gaji TIDAK melebihi 60% daripada jumlah gaji bulanan, termasuk bayaran ansuran pembiayaan ini.

Dokumen Diperlukan

Borang permohonan yang ditandatangani oleh pemohon.

  • Salinan KP (depan & belakang).
  • Salinan lesen memandu yang sah.
  • Salinan tiga (3) bulan slip gaji terkini.
  • Surat memberi kuasa kepada BSN membuat semakan kredit.
  • Salinan penyata bank atau penyata KWSP atau surat pengesahan cukai terkini daripada LHDN.
  • Lain-lain dokumen yang diterima oleh BSN, jika perlu.

Sekiranya memerlukan penjamin sila bawa dokumen seperti berikut:

  • Salinan KP (depan & belakang).
  • Salinan tiga (3) bulan slip gaji terkini.
  • Salinan penyata bank akaun atau penyata KWSP terkini atau salinan Borang EA.

Caj Bayaran Lewat

Caj bayaran lewat dikira berdasarkan Ta’widh (Ganti rugi) dan bakal dikenakan ke atas jumlah sewa bulanan yang tertunggak, dikira setiap hari dari tarikh tamat tempoh bayaran sewa sehingga satu hari sebelum tarikh bayaran dibuat.

Contoh kiraan :

RM20,000 Minimum Loan Untuk Beli Kereta Second Hand Melalui BSN MyAuto-i UsedCar

Penyelesaian Awal

Pelanggan layak untuk mendapat Ibra’ (rebat) iaitu bayaran balik caj bertempoh bagi tempoh sewa yang belum tamat.

Contoh kiraan:

RM20,000 Minimum Loan Untuk Beli Kereta Second Hand Melalui BSN MyAuto-i UsedCar

Fi & Caj

Fi dan caj yang dikenakan pula adalah duti setem ialah seperti:

  • RM10 untuk salinan Penyewa bagi Perjanjian Sewa Beli-i.
  • RM10 untuk salinan perjanjian Penjamin (sekiranya berkenaan).
  • RM10 untuk Perjanjian Agensi Perkhidmatan.

Bagaimana Cara Mohon?

Mohon dan klik pautan berikut:

Atau hadir ke cawangan BSN yang terdekat. Senarai cawangan disini.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BSN MyAuto-i UsedCar dengan menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di:

  • 1300 88 1900

Sumber – portalinfo.my