Peluk ibu arwah Ashraf ketika hari pernikahan, tindakan BCL buat netizen terharu

Peluk ibu arwah Ashraf ketika hari pernikahan, tindakan BCL buat netizen terharu

Penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dengan gelaran BCL, telah selamat melangsungkan majlis pernikahan dengan pasangan pilihan baharunya, Tiko Aryawardhana semalam. Majlis yang serba mewah itu turut diserikan dengan kehadiran kenalan rapat dan keluarga terdekat, termasuk keluarga dari Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.

Kehadiran keluarga Almarhum suaminya itu telah membuatkan ramai netizen di Indonesia dan Malaysia terharu. Satu video Bunga memeluk ibunda Arwah Ashraf telah tular di media sosial dan menambahkan lagi rasa sebak dan terharu mereka yang melihatnya. Korang boleh tengok video @muthiastp di bawah.

 

Semoga berbahagia

Rata-rata netizen terharu melihat tindakan Bunga yang memeluk erat dan mengalirkan air mata terharu ketika bersalaman dengan ibunda Arwah Ashraf.

Screenshot 2023 12 03 At 12.23.19 PmBetul, semua orang yang hadir ke majlis pernikahan ini menerima kedua mempelai dengan berbesar hati. Semua mahu melihat BCL berbahagia bersama orang tersayang dan meneruskan kehidupan baru disamping pasangan.

Screenshot 2023 12 03 At 12.23.36 PmSusah nak dapat pasangan yang baik dan keluarga mertua yang baik. Power couple yang terpisah kerana kematian memang amat menyakitkan. Beruntung BCL ada keluarga mertua yang sangat memahami walaupun anak mereka telah pergi buat selamanya.

Screenshot 2023 12 03 At 12.24.57 PmMertua akan tetap menjadi mertua. Begitu juga dengan ahli keluarga Sinclair yang turut sama hadir meraikan hari bahagia menantu dan ipar mereka ini. Kita doakan BCL dan pasangan berbahagia hingga ke akhir usia.