Peluk suami masa berzikir, netizen dakwa Abby Abadi tayang kemesraan

Peluk suami masa berzikir, netizen dakwa Abby Abadi tayang kemesraan

Solat berjemaah antara suami isteri sememangnya sangat digalakkan kerana bukan sahaja Allah suka tetapi juga menambahkan kemesraan pasangan itu.

Bagaimanapun, video dimuat naik oleh pelakon Abby Abadi bersama suaminya baru-baru ini menimbulkan rasa kurang senang beberapa individu.

Menerusi hantaran di Instagram itu, Abby memuat naik rakaman ketika dia dan suami sedang berzikir dan berdoa selepas selesai menunaikan solat.

Namun, kemesraan Abby yang memeluk suaminya dari belakang sambil beribadah itu membuatkan mereka mengkiritknya kerana dianggap tidak sesuai.

 

Segelintir individu tersebut berkata seharusnya kemesraan antara suami dan isteri tidak perlu ditunjukkan dan dimuat naik di media sosial.

Dalam pada itu, Abby sendiri sempat membalas salah satu komen daripada seorang individu dan berkata apa yang ditunjukkan itu tidaklah melampau.

Menurut Abby, jika mahu menegur atau mengkritik lebih baik mereka ini tegur pelakon lelaki dan wanita yang berpegangan tangan dan berpelukan.

Sementara itu, ramai yang mendoakan kebahagiaan Abby dan suami selain ada yang mengakui berbuat perkara yang sama dengan suami mereka, berpelukan selepas solat.