Pemain bola dedah ditamatkan kontrak, hanya kerana minta gaji untuk perbelanjaan isteri bersalin

Pemain bola dedah ditamatkan kontrak, hanya kerana minta gaji untuk perbelanjaan isteri bersalin

 

Arena bola sepak Malaysia kini sedang dihangatkan dengan kontroversi kelab Kelantan FC The Red Warrior (TRW) yang dipercayai menganiaya para pemainnya.

Semakin ramai tampil ke depan mendedahkan sikap buruk pihak pengurusannya yang culas membayar gaji penuh serta ketirisan penolakan KWSP dan EPF.

Amin, kau carilah pasukan baru tahun depan

Terbaru, bekas penjaga golnya, Amin Faisal juga muncul berkongsikan kenangan pahit yang pernah dihadapi saat menuntut gaji penuh daripada pemilik Kelantan FC.

Walaupun cuma meminta hak sendiri, secara tiba-tiba majikan tersebut bercakap tentang suruhan mencari pasukan baru pada tahun hadapan.

Duit simpanan habis, kereta hampir ditarik bank…Ulang alik Terengganu-Kelantan untuk bekerja

Oleh kerana gaji yang diminta itu adalah demi menampung kos isteri bersalin, pemain berusia 20-an ini hanya akur asalkan duit itu diperolehi.

Tidak lama kemudian, pihak pengurusan mengeluarkan notis rasmi mengenai penamatan kontrak Amin tanpa sebarang perbincangan lanjut.

Padahal mengikut perjanjian, dia masih mempunyai kontrak selama setahun lagi.

Tidak merungut lebih, ketika itu dia pulang ke kampung, masuk hutan memotong kayu untuk menjana rezeki buat keluarga.

Pelbagai ketirisan membabitkan gaji

Meskipun sekarang dia sudah berada di Manjung FC City, Amin menjelaskan hingga kini Kelantan FC masih belum menyelesaikan gaji yang tertunggak.

Selain isu-isu gaji, Amin mendedahkan hal lain yang pernah diketahuinya sepanjang berada dengan kelab terbabit :

  1. Kontraknya 2 tahun, bos masih hutang 12 bulan untuk pampasan.
  2. Gaji bulan 10 hanya dapat suku, bulan 11 & 12, belum dikreditkan langsung.
  3. KWSP belum dibayar padahal dalam slip gaji ditunjukkan rekod pemotongan.
  4. Hanya menerima suku bayaran untuk bulan Oktober. Manakala bulan 11 & 12 pula, tiada pembayaran dibuat.
  5. Jika layak ke suku akhir Liga Super, bos janjikan bonus RM20,000. Tapi semuanya janji palsu. Sijil emas yang boleh ditebus rupanya tiada nilai.
  6. Amin dedahkan ada pemain import yang menangis di depannya gara-gara dihamun teruk oleh pemilik TRW.