Pemandu Myvi lari tak bayar makan dicari polis

Pemandu Myvi lari tak bayar makan dicari polis

 

Polis sedang mengesan pemandu kereta Perodua Myvi yang dipercayai melarikan diri kerana tidak membayar makanan di kawasan Kampung Jambu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian dikesan menerusi satu video tular yang dimuat naik pengguna akaun laman sosial X menggunakan nama @nanmanjoi8715.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di sebuah gerai makanan tepi jalan di kawasan Kampung Jambu, pada 12.30 tengah hari Rabu lalu.

“Semakan pada nombor pendaftaran kereta suspek itu didapati palsu,” katanya memetik Harian Metro.

Bagaimanapun, Mohd Zaid berkata, tiada sebarang laporan polis diterima daripada mana-mana pihak berkaitan kejadian sehingga kini.

Justeru, beliau meminta mangsa atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Somasurehsan Munusamy di talian 016-4915193 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.