Pemandu & penumpang tak sedarkan diri selepas terbabit kemalangan langgar lori, polis sahkan positif 5 jenis dadah

Pemandu & penumpang tak sedarkan diri selepas terbabit kemalangan langgar lori, polis sahkan positif 5 jenis dadah

Seorang pemandu kereta berusia 25 tahun terlelap semasa di atas jalan, menyebabkan kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah motosikal.

Hasil siasatan mendapati pemandu dan penumpang tidak sedarkan diri itu disahkan positif dadah.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai, nahas berlaku pada Jumaat di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

“Kemalangan berlaku semasa pemandu seorang lelaki warga tempatan terlelap dan melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berada di hadapannya,” katanya.

Bagaimanapun katanya, anggota polis trafik yang sampai ke tempat kejadian mendapati keadaan mencurigakan kerana pemandu kereta yang melanggar kenderaan lain itu tidak sedarkan diri bersama penumpang di sebelahnya.

Kedua-dua individu itu dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur bagi menjalani ujian saringan air kencing di IPD Dang Wangi.

Hasil dari pemeriksaan tersebut mendapati kedua-dua suspek telah disahkan positif dadah jenis Methamphetamine, Ketamin, Benzo (Erimine 5), Ampetamin dan ganja (THC).