Pemandu treler gilis kanak-kanak kena bantai, lori dipecah masuk & dashcam dicuri
Berita tentang murid sekolah yang maut digilis treler semalam sememangnya begitu menyedihkan apabila dia bersama seorang wanita 54 tahun dan kanak-kanak berusia 7 tahun telah terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari sekolah.
Kejadian tersebut membuatkan ramai bertelagah apabila ada sesetengah pihak menyalahkan treler tersebut sehingga sanggup memukul lelaki berusia 36 tahun itu tanpa sebarang siasatan.
Isteri pemandu treler bersuara
Menerusi perkongsian isteri kepada pemandu treler berkenaan di aplikasi TikTok, dia meminta orang semua pihak tidak menjatuhkan hukum sesuka hati tanpa mengetahui perkara sebenar.
Ada pihak belasah pemandu treler
Dalam pada itu, perkongsian dari pengguna Facebook, Azlan Adnan juga mengesahkan bahawa pemandu treler itu telah dipukul oleh seorang lelaki sehingga mengalami kecederaan.
Lelaki yang pukul pemandu treler
Bukti rakaman dashcam kejadian
Tegasnya, kejadian tersebut sama sekali bukan berpunca daripada salah rakannya itu sepenuhnya kerana ada rakaman dashcam menunjukkan yang pemandu treler berkenaan berada di laluan yang betul.
Pihak polis sahkan pemandu treler dipukul
Memetik laporan dari Utusan Malaysia,Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong memaklumkan punca kejadian dipercayai motosikal ditunggangi wanita berusia 54 tahun dan dua kanak-kanak itu hilang kawalan ketika melalui permukaan berpasir.
“Semasa kejadian, lori kontena dari arah Klang menghala ke Telok Gong, apabila sampai di persimpangan Jalan Bawal, sebuah motosikal yang ditunggangi oleh seorang wanita bersama dua pelajar sekolah iaitu pelajar perempuan (sembilan tahun) dan pelajar lelaki (tujuh tahun) keluar dari simpang menghala ke arah sama dengan lori berkenaan.
“Penunggang motosikal tidak dapat mengawal motosikal kerana bahu jalan berpasir menyebabkan motosikal dan penunggang serta pembonceng terjatuh di atas jalan raya. Mangsa merupakan seorang pelajar perempuan digilis oleh roda tayar belakang lori dan meninggal dunia ditempat kejadian,” katanya.
Treler kena pecah, dashcam & barang2 kena curi
Susulan daripada itu, isteri kepada pemandu treler berkenaan berharap mereka yang menganiaya suaminya dengan memukul, mencuri dashcam dan barang di dalam treler segera ditahan.
Setakat ini, pemandu treler berkenaan dalam keadaan sihat dan sudah dipindahkan ke Hospital Ipoh. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan suaminya kerana sanggup menunggu dan berpihak kepadanya diatas kemalangan yang telah berlaku.