Pembantu peribadi Shila Amzah hilang sabar, “Mak kau petik nama mak aku!”
Nama pembantu peribadi Shila Amzah iaitu Aini Shuhaidah turut dipetik dalam kemelut adik beradik penyanyi itu bersama Amir Syafiq dan Syada Amzah.
Hilang rasa hormat
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Aini menyatakan sudah 13 tahun dia bersabar dengan perangai adik beradik Shila.
Lagi bertambah berang apabila Amir Syafiq memanggilnya sebagai balaci ketika mengadakan siaran langsung di TikTok, pada petang Rabu.
Aku ni 13 tahun kerja. Luar dalam korang semua ada kat tangan aku. Aku selama ini sabar ja dengan perangai sorang-sorang. Macam-macam benda aku buat yang bukan kerja aku pun aku buat.
Aku diam ja tak kacau hidup korang. Kau sedap panggil aku balaci.
Sabar dan hormat aku dah habis sejak semalam. Sampai mati aku ingat each and everyone of you.
Balaci ni ajak berjumpa
Dalam pada itu, dakwa Aini lagi, Amir Syafiq, 30, hanya ‘bersembunyi’ di dalam rumah ketika diajak untuk bersemuka.
Menjelaskan dakwaan bersikap biadab terhadap Fauziah Sarman, Aini berkata wanita itu telah menyebut nama ibunya terlebih dahulu serta menggelar dirinya sebagai anak tak berguna.
Terdahulu, perang antara adik beradik Syada bermula selepas kakaknya yang juga penyanyi terkenal Shila Amzah mengaku mahu menjual rumah banglo yang didiami keluarganya.
Menurut Shila, tujuan dia mahu menjual kediaman tersebut kerana ingin membelikan sebuah kondo yang baharu.
Bagaimanapun, kenyataan Shila telah dinafikan oleh dua adik beradiknya iaitu Syada dan Amir Syafiq.
Syafiq mendakwa, penyanyi berusia 33 tahun itu mahu menjual rumah berkenaan disebabkan wang.
Sementara itu, Syada mendakwa dia dan keluarga telah dihalau dan dilayan seperti haiwan jalanan.