Pembantu perubatan didakwa bunuh anak kandung berusia 6 bulan

Pembantu perubatan didakwa bunuh anak kandung berusia 6 bulan

 

Seorang pembantu perubatan berusia 30 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh anak kandungnya di sebuah rumah di Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh pada 17 Mac lalu.

Bunuh bayi lelaki

Memetik laporan Kosmo, tertuduh iaitu Zahrul Ashrik Zulkaflee mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana ia melibatkan kes bunuh.

Tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian bayi lelakinya berusia enam bulan 14 hari.

Pertuduhan terhadap tertuduh yang juga penagih dadah itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 12 Jun ini bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.