Pembekal laptop terkemuka didakwa hidangkan menu babi kepada tetamu Islam

Pembekal laptop terkemuka didakwa hidangkan menu babi kepada tetamu Islam

 

Seorang usahawan tempatan, Asraff Jeffery meluahkan rasa kesal dan tidak puas hatinya terhadap sebuah syarikat pembekal komputer multinasional yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang baru-baru ini menjemputnya untuk menghadiri satu majlis makan malam.

Difahamkan syarikat gergasi teknologi maklumat terkemuka yang telah lama bertapak di Malaysia tersebut seolah-olah sengaja tidak peka dan kurang sensitif terhadap tetamu beragama Islam yang hadir sepertinya dengan hanya menyediakan hidangan makanan dari sebuah restoran tidak halal termasuk menu yang berasaskan babi.

Apa yang paling dikesalinya ialah pihak syarikat itu juga hanya bersikap sambil lewa dalam membuat permohonan maaf iaitu dengan hanya menghantar mesej peribadi ringkas ke telefon bimbitnya.

Berikut adalah tangkap layar hantaran yang dibuat di Facebooknya tersebut yang menceritakan mengenai pengalaman pahitnya itu.

Menu Babi

Meskipun hantaran itu tidak lagi dikongsikannya untuk tatapan umum, namun tangkap layar hantaran tersebut sempat dikongsikan dan ditularkan di media sosial oleh beberapa warganet dan pempengaruh media sosial.

Sebuah akhbar tempatan berbahasa Mandarin juga sempat menjadikannya sebagai bahan berita.

Menu Babi

Setakat ini, walaupun sudah lebih seminggu majlis tersebut berlalu, difahamkan masih belum ada apa-apa kenyataan mahupun permohonan maaf rasmi yang diterima dari syarikat tersebut.

Beliau hanya mengharapkan agar isu sensitif seperti ini lebih dipandang serius dan dapat dijadikan pengajaran agar ianya tidak lagi berulang demi kesejahteraan rakyat Malaysia Madani yang berbilang agama dan bangsa.