Pembida aset Sajat ‘kencing’ peguam

Pembida aset Sajat ‘kencing’ peguam

Proses melelong aset Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman siang tadi berjaya menemukan pembida yang berjaya membida barangan dapur dan kamar tidur mewah usahawan kontroversi itu.

Namun, disangka cerah hingga ke petang, namun hujan pula di tengah hari. Itulah yang terjadi terhadap peguam yang menguruskan proses lelongan tersebut.

Menurut portal FMT, lelaki yang dilaporkan berjaya membida sebahagian barangan milik Sajat di kediamannya dalam proses lelongan hari ini, tidak muncul untuk membuat pembayaran berjumlah RM132,000.

Individu dikenali sebagai Mohd Syazwan itu dikatakan belum membuat pembayaran setakat 4 petang tadi selepas beredar dari kediaman terletak di Kota Damansara itu untuk mengeluarkan wang.

Peguam Zeti Zulkifli daripada firma guaman NHA Advocates & Solicitors, berkata pihaknya sudah beberapa kali menghubunginya namun gagal.

“Beliau sepatutnya membawa wang ketika proses lelongan tetapi memberi alasan ingin keluar mengambil wang tunai RM132,000.