Pembuangan air nuklear ke laut, kenapa menteri KASA membisu?

Pembuangan air nuklear ke laut, kenapa menteri KASA membisu?

APA PENDIRIAN MALAYSIA LANGKAH JEPUN BEBASKAN AIR BUANGAN NUKLEAR KE LAUT ?

Pertimbangan terkini Jepun untuk melepaskan lebih satu juta tan air buangan nuklear yang tersimpan dari Fukushima Daiichi Nuclear Power Plant – patut mendapat respon segera dari Malaysia sebelum terlambat.

Adakah laut kita akan turut tercemar dengan langkah Jepun itu, hal itu masih belum dapat ditentukan. Apa pun, lebih baik beringat sebelum terlambat.

Menteri Luar China dalam responnya menyebut “extremely irresponsible” untuk Jepun meneruskan langkah itu.

Korea Selatan juga menyatakan protes mereka.

Langkah ini – yang akan memakan masa selama dua tahun untuk selesai dibuang – tetapi kandungan tritium di dalamnya mengambil masa selama 60 tahun untuk luntur – mungkin akan memberikan kesan berkekalan bukan sahaja kepada hasil laut dari Jepun sendiri, bah kan laut negara lain juga.

Jika itu berlaku nanti, segala-galanya ibarat Pendaratan Jepun di Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua berulang kembali.

Laman Food and Drug Amerika (FDA) , masih menyenaraikan sejumlah barang keluaran Jepun dilarang memasuki negara itu selepas tsunami menyebabkan Fukushima Daiichi Nuclear Power Plant rosak pada tahun 2011.

Ini termasuk hasil laut.

Ken Buesseler, marine radiochemist di Woods Hole Oceanographic Institution menyatakan : ‘Impact on marine life and humans consuming seafood is unknown unless a better understanding of the radionuclides in the tanks can be achieved’.

Kajian lebih teliti dan persetujuan negara sekitar yang mungkin terkesan patut diadakan sebelum Jepun mencurahkan toksid itu ke laut.

Pandangan berikut patut dipandang berat :

Although the risk is low according to many experts, it is still advised that close monitoring and abiding by scientific advice will be crucial, according to Simon Boxall, a principal teaching fellow in ocean and earth science at the University of Southampton.

“It’s questionable to rush into such decision based on the study made by Tokyo Electric Power Company, which has lost the global credibility and trust,” Ma Jun, director of Institute of Public and Environment Affairs, told CGTN. He called for transparency and confrontation with the company among neighboring countries.

Apa pendirian Malaysia?

Yb Senator Dato Husam bin Musa
5 Ramadhan 1442H
17 April 2021