Pemecah Berita!!! Khairuddin Takiri semakin yakin ke kerusi Presiden
Tular satu poster promosi calon Menteri Sawit, Dr Khairuddin Aman Razali At Takiri yang disebut-sebut bakal dinaikkan bagi menggantikan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sebagai presiden Pas.
Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, kawasan parlimen di Terengganu dikatakan calon popular ketika ini untuk diketengahkan sebagai calon presiden parti Islam tersebut sekiranya TGHH mengambil keputusan mengosongkan kerusi tersebut atas faktor-faktor kesihatan.
Walaubagaimanapun, menurut sumber yang rapat dengan presiden hingga saat ini sokongan untuk TGHH mengekalkan jawatan tersebut masih kuat. Geng Publika yang dikaitkan sebagai tulang belakang presiden ketika ini terus menggerakan usaha agar jawatankuasa kerja Pas Pusat menolak gerakan menukar kepimpinan tertinggi parti hinggalah selepas PRU 15 nanti.
Sebelum ini warganet dihebohkan dengan kisah pertembungan 2 kumpulan dalam parti tersebut dimana Geng Ustaz disokong oleh parti Umno manakala Geng Publika pula disokong kuat parti Bersatu.