Pemenang anugerah Oscar pertama Asia buat kunjung hormat bertemu PMX

Pemenang anugerah Oscar pertama Asia buat kunjung hormat bertemu PMX

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Tan Sri Michelle Yeoh di pejabatnya pada Khamis.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata, dalam pertemuan itu, pelakon Hollywood yang merupakan anak kelahiran Ipoh mengimbau kisah suka dan duka perjalanan hidupnya terutamanya untuk mencapai tingkat kejayaan.

“Beliau turut menitip pesan bahawa kejayaan gemilang anugerah Oscar itu cukup bermakna bagi dirinya, keluarga dan juga rakyat Malaysia seluruhnya.

Pencapaiannya itu berjaya mengangkat nama negara di persada antarabangsa.

“Saya ucap semoga maju jaya dan terus beroleh kejayaan!” tulisnya.

Pada 13 Mac lalu, Michelle,61, dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 yang disiar secara langsung dari Dolby Theatre.

Ia sekali gus mencipta rekod sebagai bintang Asia pertama meraih trofi bagi kategori itu dalam sejarah Oscar.

Beliau menewaskan empat calon hebat lain iaitu Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie, Cate Blanchett (Tar), Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).