Pemilik rumah dipuji berkeras enggan jual tanah walau ditawar pemaju RM151 juta

Sebuah keluarga di Sydney, Australia dipuji kerana menolak untuk menjual hartanah mereka kepada pemaju yang membeli hartanah di sekeliling rumah mereka walaupun ditawarkan puluhan juta dolar.
Memetik Oddity Central, rumah keluarga Zammit itu kini telah menjadi salah satu hartanah yang paling terkenal di Sydney. Ia kerana rumah itu menonjol disebabkan perbezaan reka bentuk rumah lain di sekelilingnya.
Jiran mereka yang terdahulu dipercayai telah menjual tanah mereka kepada pemaju perumahan tersebut.
Menurut keluarga Zammit, mereka telah menolak tawaran itu dan tidak merancang untuk berpindah dalam masa terdekat ini.
Tanah seluas lima ekar itu didakwa telah ditawarkan dengan bayaran yang tinggi oleh pemaju perumahan tersebut.
Jika dilihat dari pemandangan atas, rumah Zammit itu kelihatan seperti replika miniatur Central Park New York. Di mana sebuah oasis hijau yang mengelilingi deretan rumah berwarna kelabu.
Tawaran terkini yang dibuat kepada keluarga itu ialah sebanyak USD33 juta (RM151 juta). Jumlah itu jauh lebih tinggi daripada ditawarkan untuk hartanah serupa di pinggir bandar The Ponds.
Walaupun ditawarkan dengan nilai yang tinggi, keluarga Zammit kekal dengan pendirian mereka dan tidak berhasrat untuk berpindah dari tanah mereka.
Kawasan itu dahulunya hanyalah sebuah ladang yang dipenuhi rumah
“Ia dahulunya kawasan tanah ladang yang dipenuhi dengan rumah dan kotej bata merah kecil,” kata Diane Zammit yang berusia 50 tahun.
“Setiap rumah adalah unik dan terdapat begitu banyak ruang tetapi kini tidak lagi. Ia sudah tidak sama,” tambahnya.
This house in Australia has continually rejected offers for purchase, most recently a $50 million dollar offer, per 7News: pic.twitter.com/jCtxOMTCn6
— unusual_whales (@unusual_whales) May 7, 2023
Sementara itu, salah seorang jiran keluarga Zammit juga menyatakan perasaan syukurnya kerana mereka tidak menjual hartanah tersebut.
“Saya sangat gembira mereka enggan menjual tanah itu. Ini bermakna kami mempunyai ruang yang selamat untuk anak-anak kami. Serta rumput mereka yang luas di sebelah kami membuatkan kami berasa seperti mempunyai banyak ruang,” kata seorang jiran Zammit.
“Jiran kami tidak faham kerana rumah lain sangat rapat. Kami sangat berterima kasih! Saya harap mereka kekal,” tambahnya lagi.
Harta Zammit di Sydney telah dibandingkan dengan rumah paku yang terkenal di China. Sebuah rumah tunggal yang pemiliknya enggan berpindah kerana menuntut harga yang terlalu tinggi daripada pemaju.