Pemilik Zamburger tawar diri selesaikan kemelut perobohan Stadium Shah Alam
Pemilik kelab TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah Stadium Shah Alam dan menegaskan bahawa venue berkenaan tidak perlu dirobohkan.
“Dari roboh stadium tu, baiklah pajakkan ke TRW Kelantan FC. Insya-Allah saya bersedia #Zamburger,” kata pemilik pasukan Kelantan FC.
Sebelum ini, media melaporkan bangunan ikonik di Seksyen 13 yang pernah dinobat sebagai stadium terbesar di Asia Tenggara dan menjadi venue rasmi bagi pasukan bola sepak Red Giants didakwa akan diroboh dan digantikan dengan stadium baharu yang lebih kecil.
Stadium baharu berkenaan dikatakan berkapasiti 30,000 hingga 40,000 penonton supaya mudah dijaga dan diselenggara berbanding Stadium Shah Alam sekarang yang boleh memuatkan sehingga 80,300.