Pemimpin muda Pas cadang nama Najib dan Zahid dimuatkan di dalam buku teks
Pencegahan rasuah perlu bermula di bangku sekolah.
Saya mencadangkan agar nama ahli-ahli politik yang didapati bersalah oleh pihak mahkamah dalam kes jenayah dan rasuah mestilah dimasukkan nama dan juga cerita mereka ke dalam buku teks sejarah di sekolah.
Ini adalah penting untuk dijadikan pengajaran buat mereka yang tidak amanah ini dan juga sebagai panduan generasi muda yang bakal memimpin negara pada masa akan datang.
Rata-rata rakyat Malaysia masih belum memberikan perhatian serius kepada pemimpin yang korup dalam negara kita. Ada ahli politik yang mengambil kesempatan merompak duit dan kekayaan negara sehingga mengkayakan diri,keluarga dan kroni mereka serta masih bebas.
Adakah kerana politik wang telah menjadi barah dan menjadikan sebahagian daripada kita hanya memndang isu integriti ini dengan sebelah mata sahaja?
Justeru, kesedaran memerangi rasuah dalam masyarakat terutamanya rasuah yang dilakukan pemimpin apolitik yang mestilah bermula di bangku sekolah. Saya berharap rakyat Malaysia akan menjadi pengundi yang matang dan bijak menilai apabila menjalankan tanggungjawab mereka pada setiap pilihanraya umum yang akan menentukan masa depan negara.
#MalaysiaBebasRasuah
#RasuahBusters
#TolakPemimpinKorup
Sumber – Facebook Ir. Ts. Khairil Nizam