Pemimpin terbuang Kelantan ini akhirnya dilantik jadi Senator
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara bersetuju melantik bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, sebagai Ahli Dewan Negara.
Pelantikan itu mendapat persetujuan secara majoriti oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan selepas Speaker, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengemukakan usul Pemilihan Ahli Dewan Negara.
Terdahulu, Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Nassuruddin Daud mencadangkan Nik Mohamad Abduh atau Nik Abduh sebagai senator.
Cadangan itu kemudiannya disokong oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohd. Fadzli Hassan.
Pemilihan Nik Abduh itu bagi menggantikan Mohd. Affandi Mohamad yang tamat tempoh sebagai Ahli Dewan Negara pada 7 Julai lalu.