Peminat ungkit cerita lama, duit Hidayah dirampas ketika hari pemergian Abam?

Peminat ungkit cerita lama, duit Hidayah dirampas ketika hari pemergian Abam?

 

Sejak kedatangan Nor Hidayah ke rumah milik Allahyarham suaminya pada Jumaat lalu, isu kemelut dengan pelawak Ali Puteh hangat diperkatakan kembali. Bahkan, jiran yang menetap di kawasan kediaman itu turut membongkarkan apa yang mereka nampak pada hari tersebut.

First day pemergian Abam…kemain sedap rampas duit dari Hidayah waktu dia tengah menangis

Terbaru, salah seorang peminat Abam pula ungkit semula beberapa peristiwa yang tidak disenangi ketika hari pemergian Allahyarham 3 tahun lepas. Antara yang paling mengejutkan adalah, sejumlah duit pada Hidayah telah dirampas oleh ahli keluarga suaminya meskipun tatkala dirinya sedang sedih. Meskipun sekian lama mengunci mulut, namun katanya kebanyakan saksi yang berada di sana juga nampak kejadian itu.

Sikit demi sikit kebenaran ditunjukkan…terima kasih sentiasa support kakak Hidayah

Sambil berkongsi perkara itu di laman Facebooknya, adik Hidayah meluahkan rasa syukur kerana semakin banyak bukti kebenaran tentang pihak sebelah sana didedahkan. Susulan itu, Mohd Zainuddin mengucapkan tanda penghargaan kepada semua pihak yang ambil berat tentang perkembangan kakaknya dari dulu sehingga kini.

Rupanya ramai mata yang memerhati…semoga Hidayah kuat tempuhi dugaan ni

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa buat Hidayah dan anaknya Hamzah agar urusan menuntut hak dipermudahkan. Dalam pada itu, mereka yang turut berada di tempat kejadian 3 tahun lepas tidak ketinggalan berkongsi kisah masing-masing juga.