Pemuda berdepan detik cemas selepas terkurung dalam bilik atm

Pemuda berdepan detik cemas selepas terkurung dalam bilik atm

Seorang penghantar makanan terperangkap kira-kira 15 minit di dalam sebuah bank menempatkan mesin pengeluaran automatik (ATM), di sini pada malam Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.41 tengah malam, seperti dilaporkan Sinar Harian

Menurutnya, empat pegawainya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikejarkan ke tempat kejadian.

Norazam berkata, mangsa yang hendak keluarkan wang terperangkap berikutan pintu terkunci secara automatik.

“Bomba menghubungi pegawai bank bagi memaklumkan perkara tersebut dan mangsa yang terperangkap dapat dikeluarkan dengan selamat tanpa sebarang kecederaan dan kerosakan pada pintu bank,” ujarnya.