Pemuda gerakkan ‘gempur’, banteras judi dan daging haram
1. Pemuda AMANAH teramat kecewa dengan jawapan menteri dan timbalan menteri berhubung isu-isu yang menyentuh kepentingan umat Islam dewasa ini. Dengan pembanterasan kartel daging yang diragui status halalnya yang seperti acuh tak acuh, ianya diburukkan lagi dengan hipokrasi ‘kerajaan Melayu Islam’ yang memberikan ‘cop halal’ kepada perbuatan judi; dengan menambah 22 cabutan berbanding pengurangan 8 cabutan yang telah diusahakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ni.
2. Justeru dengan penuh insaf bahawa segala kebobrokan ini wajar dihentikan hingga ke akar umbi, kami mengambil tanggungjawab untuk melancarkan ‘Gerakan Memperkasa Ummah & Rakyat’ ringkasnya dipanggil GEMPUR, dalam memerangi kebejatan bawah kerajaan Perikatan Nasional yang mengambil enteng hal ehwal orang-orang Islam, walau di dalamnya ada ‘parti Islam dan Melayu’.
3. GEMPUR ini akan diselaras pergerakannya oleh Sdr. Hishamuddin Ghazali atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz, yang akan bertindak selaku koordinator dalam memerangi kartel daging haram yang telah berakar selama 40 tahun; serta Sdr. Khairul Ali, seorang aktivis muda pula akan menggerakkan pencerahan ummat berkenaan aktiviti judi yang telah diberikan ‘cop halal’ oleh kerajaan hari ini.
“Memimpin Gerakan Kepemudaan”
SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional
31 Disember 2020 | 16 Jamadil Awal 1442H
Sumber: https://www.facebook.com/1489057944727696/posts/2532598377040309/