Pemuda ini berjaya korek rahsia M. Nasir, wartawan pun kalah
Penyanyi lagenda, Dato M Nasir, sangat terkenal dengan sikap yang tidak terlalu banyak berbicara namun berpewatakan lucu.
Sentiasa kelihatan serius, ramai yang seakan tidak berani mendekati pemilik nama Datuk Mohamad Nasir Mohamed ini.
Namun demikian, kehadiran seorang lelaki warganegara Singapura yang terkenal dengan postingan keagamaan di laman media sosial TikTok seakan merubah segalanya.
Dalam video lelaki yang bernama @_donjany itu, penyanyi yang berumur 65 tahun itu kelihatan terbuka untuk berkongsi apabila ditemu bual olehnya.
@_donjany Maksud disebalik lagu Dato’ M Nasir 🙌🏻
Penonton video tersebut rata-ratanya merasa kagum kerana TikToker tersebut berjaya merungkai pelbagai konspirasi yang menyelubungi lagu ciptaan komposer itu.
Mutakhir ini muncul pelbagai persoalan mengenai lagu ciptaan M Nasir yang ‘catchy’ ini sebenarnya sangat berat dan mempunyai makna yang mendalam khususnya ketauhidan kepada Allah SWT.
Hal yang demikian membuatkan lelaki itu mengambil peluang berkongsi pendapatnya mengenai maksud yang tersirat yang cuba disampaikan di dalam lagu ciptaan komposer tersebut.
Mungkin tertarik dengan kepetahan berbicara lelaki itu, M Nasir mula membuka cerita mengenai latar belakang keluarganya yang teguh dalam beragama.
Lahir sebagai anak imam masjid, maka tak hairanlah lagu lagu M Nasir sangat cenderung kepada elemen keagamaan dalam bentuk kesenian.
“Agama satu hal, falsafah membuat saya bersikap begini,” ujarnya.
Dalam perkembangan sama, M Nasir bakal melangsungkan sebuah konsert ‘Satu Malam di Singapura’ di Gendang Pati pada 22 Julai ini.