Pemuda kongsi petua mudah untuk bersihkan minyak masak yang tercemar akibat kesan gorengan makanan, hanya guna air kosong dan tepung ubi kayu sahaja

Pemuda kongsi petua mudah untuk bersihkan minyak masak yang tercemar akibat kesan gorengan makanan, hanya guna air kosong dan tepung ubi kayu sahaja

 

Dalam usaha untuk berjimat, kita sebenarnya boleh menggunakan minyak masak secara berulang kali selagi ia belum tercemar.

Amalan ini bukanlah sesuatu yang pelik, malah ada peniaga menggunakan minyak masak yang sama berulang kali sehingga warnanya bertukar hitam.

Di TikTok, seorang pemuda dikenali sebagai Aditya turut berkongsi petua mudah untuk membersihkan minyak masak yang tercemar akibat kesan gorengan makanan.

Petua mudah ini hanya menggunakan dua bahan sahaja iaitu air kosong dan tepung ubi kayu.

Cara-cara:

1. Panaskan minyak yang tercemar dan mempunyai sisa-sisa gorengan di dalam kuali.

2. Campurkan sesenduk tepung ubi kayu dan air kosong di dalam sebuah bekas kecil.

3. Kemudian, masukkan campuran itu ke dalam kuali yang sudah panas.

m2

4. Goreng seketika, dengan cara ini, kotoran dalam minyak akan diserap oleh tepung ubi berkenaan.

5. Minyak masak anda kembali jernih, boleh disimpan di dalam bekas dan sedia untuk digunakan semula pada masa akan datang.

Sebagai peringatan, Public Health Malaysia turut berpesan kepada orang ramai untuk menggunakan minyak masak maksima sebanyak tiga kali sahaja.

Berikut merupakan tujuh risiko penggunaan minyak masak terpakai:

1. Hasilkan radikal bebas yang menyebabkan radang

2. Risiko kanser

3. Salur darah tersumbat

4. Penyakit jantung

5. Kolestrol meningkat

6. Pembentukan lemak-trans

7. Penyakit alzheimer, parkinson