Pemuda Pas ancam hura-harakan negara andai Hadi diganggu

Pemuda Pas ancam hura-harakan negara andai Hadi diganggu

Ketua Pemuda Pas Selangor, hari ini mengeluarkan amaran terhadap pihak berkuasa supaya membatalkan hasrat mengambil tindakan terhadap presidennya. Tan Sri Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman FB miliknya, Mohamed Sukri Omar turut mengingatkan pihak terbabit akan padah yang menanti sekiranya pihak berkuasa terus menganggu Hadi.

JANGAN CUBA MENGANGGU TUAN GURU PRESIDEN PAS!

Pemuda PAS Selangor memberi amaran jangan sesekali cuba bermain politik kotor dan persepsi jahat. Sewajarnya Kerajaan campuran PH + BN dibawah Anwar Ibrahim menumpukan soal membangunkan ekonomi dan menyelesaikan isu kos sara hidup yang di war-warkan.

Bukan SIBUK ingin mengheret Tuan Guru Tan Sri Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang ke Bukit Aman. Adakah FOKUS Kerajaan Campuran PH + BN ini untuk MEMBALAS DENDAM dari MEMBELA RAKYAT?

Kami memberi AMARAN sekiranya tindakan tidak bermunasabah ini berterusan di lakukan. Himpunan besar-besaran akan di adakan ! Kami tak akan berundur!

Sewajarnya siasatan dilakukan pada pimpinan PH yang menerima dana IRI. Ianya mencemar KEDAULATAN NEGARA dengan menerima dana daripada pihak luar.

Rujuk Video : https://youtu.be/jaiDiv0W0Uw

Kami berharap isu diatas juga DISIASAT dengan TELUS oleh pihak PDRM!

MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda PAS Selangor

Semalam Harian Metro melaporkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan dipanggil ke Bukit Aman memberi keterangan berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman berkaitan isu rasuah, baru-baru ini.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Komisioner A Skandaguru berkata, siasatan dijalankan susulan pihaknya menerima 28 laporan polis ke atas Ahli Parlimen Marang itu berhubung isu berkenaan.

“Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah di bawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

“Selain itu, kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.