Ahmad Fadhli bagaimanapun tidak merujuk pada mana-mana konsert secara khusus.

Kenyataan dibuat itu tidak sampai 24 jam selepas Konsert Billie Eilish: Happier Than Ever, The World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur.

Tambah Ahli Parlimen Pasir Mas itu, kenyataan dibuatnya adalah bukan mengenai parti politik atau soal kecenderungan politik partisan sebaliknya adalah soal agama.

Bukan soal parti politik, bukan soal kecenderungan politik partisan, ini soal agama. Umat Islam perlu bersatu hati menentang,” katanya.