Pemuda PAS “claim” tindakan DBKL adalah sebab cadangannya

Pemuda PAS “claim” tindakan DBKL adalah sebab cadangannya

Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperketatkan penjualan minuman keras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah satu tindakan yang tepat dan wajar.

Ketua Pemuda Pas, Ir Khairi Nizam Khiruddin berkata, tindakan itu selari dengan Kertas Cadangan Pembangunan Polisi Penyalahgunaan Alkohol Kebangsaan pernah dikemukakan pihaknya.

“Garis panduan tersebut menyatakan bermula Oktober 2021 tiada lagi lesen baharu bagi ‘Liqour Yang Memabukkan’ (LMK) dikeluarkan untuk kedai runcit, kedai serbaneka dan ubat Cina.

“Keputusan ini selari dengan Kertas Cadangan Pembangunan Polisi Penyalahgunaan Alkohol Kebangsaan yang diserahkan Pemuda Pas kepada Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Dr Wee Ka Siong) pada 5 Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairil Nizam bagaimanapun berkata, Pemuda Pas mengakui orang bukan Islam ada hak berkenaan arak.

“Namun, selain larangan mutlak yang tercatat dalam al-Quran, kitab yang lain juga turut memberi nasihat berkenaan kesan arak,” katanya yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN).

Justeru, beliau berkata, Pemuda Pas sangat berkeyakinan bahawa usaha itu akan menjadikan berita kemalangan bunuh disebabkan oleh pemandu mabuk dapat dikurangkan selepas ini.

Sumber: Sinar Harian