Pemuda rakam kelibat lembaga misteri dalam kereta, nampak macam terbakar siap berdarah

Pemuda rakam kelibat lembaga misteri dalam kereta, nampak macam terbakar siap berdarah

 

BAGAI babak dalam filem seram.

Seorang pemuda berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya menerima ‘penumpang’ yang tidak diundang, baru-baru ini.

Kejadian misteri itu berlaku ketika dia memandu pada waktu malam, melalui sebuah jalan di Gua Musang, Kelantan.

Menerusi sekeping swafoto, kelihatan pemuda itu berada di bahagian depan dalam kereta berkenaan.

Di tempat duduk belakang pula terdapat satu entiti mengerikan, seolah-olah mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran.

Berwarna merah kehitaman, lembaga misteri itu kelihatan mempunyai sedikit rambut dan tubuh serta seluruh wajahnya dipenuhi dengan darah.

Foto itu pada mulanya dikatakan dimuat naik dalam group WhatsApp sebuah keluarga namun turut tersebar di media sosial.

Perkongsian tular itu bagaimanapun dipadam daripada laman TikTok, namun masih boleh dilihat di platform Twitter dan Instagram.

Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa seram selepas mereka melihat perkongsian berkenaan.

Malah, sebilangan netizen turut berkongsi cerita sama dan bersetuju bahawa kawasan tersebut sememangnya ‘keras’ terutama pada waktu malam.

“Pernah alami benda macam ni. Mula-mula masuk dalam kereta bau busuk macam bangkai. Tengok cermin, rupanya ada sesuatu hitam besar kat tempat duduk belakang.

“Pengalaman pukul 2 pagi jalan Gua Musang. Kereta tiba-tiba berat sangat, lepas tu mengantuk. Kabus tebal tiba-tiba, tak nampak jalan. Alhamdulillah, Allah pelihara daripada bencana.

“Jalan Gua Musang memang seram. Siapa yang tak kuat, lalu la selepas azan Subuh. Kalau lalu tengah malam memang ‘meriah’ sepanjang jalan. Tu belum lagi yang tumpang atas lori, tahu-tahu berat berganda.

“Jalan Gua Musang dan Kuala Krai memang ‘keras’. Lalu bukit-bukau dengan lampu jalannya tak ada. Pernah kereta jadi berat sangat. Kereta depan banyak bagi high beam. Mungkin mereka nampak kot,” kongsi beberapa netizen.