Pemuda sarung maskot Ninja Turtle, kuatkan diri hadir majlis kahwin bekas kekasih

Pemuda sarung maskot Ninja Turtle, kuatkan diri hadir majlis kahwin bekas kekasih

 

Bila sudah bercinta, sudah pasti setiap orang akan memasang impian untuk mengakhirinya sehingga ke jenjang pelamin.

Namun siapalah kita untuk menolak soal takdir dan pertemuan yang sudah tertulis serta ditetapkan oleh Allah S.W.T. Tapi yang paling sukar sebenarnya adalah fasa untuk move on jika hubungan yang dibina malah terhenti di tengah jalan.

Undangan majlis Ex hadir

Begitulah yang turut dirasai seorang pemuda bernama Amat Darobi melalui satu perkongsian yang dimuat naik dan telah pun tular di aplikasi TikTok.

Menerusi rakaman yang berdurasi seminit tersebut, jejaka berusia 28 tahun itu dilihat telah pun hadir memenuhi undangan perkahwinan mantan teman wanitanya. Tapi apa yang menarik perhatian adalah pakaian yang dikenakan ketika datang ke hari bahagia tersebut.

Akui gementar dan malu namun beranggapan ia cara terbaik untuk hadir tanpa sebarang masalah

Mana taknya, Amat telah memutuskan untuk menyamar dan sorokkan identitinya dengan pakai kostum kartun ‘Ninja Turtle’ yang telah disewa selama 6 jam.

Jelas jurugambar tersebut, dia cukup gementar dan malu namun beranggapan ia adalah cara terbaik untuk hadir tanpa sebarang masalah kerana tahu pasti akan ada mainan emosi.

@encik_dobi

Tanda HADIR ✅ undangan walimatulurus EX🙂🙂 #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #majliskahwin #tiadajodoh #perancanganallahlebihbaik #srikandisurprise

♬ Dj Tiktok Viral Terbaru 2022 – Yandi Biansyah

Pernah bercinta sejak 2015 tapi dah pun berakhir tahun lalu

Difahamkan Amat dan juga pengantin wanita tersebut dulu pernah bercinta sejak 2015 namun hubungan berkenaan telah pun berakhir tahun lalu.

Namun dia terima apabila gadis tersebut akhirnya bertemu dengan jodoh yang lain sehinggalah berkahwin.

Dalam pada itu, kedua-dua mempelai tersebut tidak mempunyai sebarang masalah dengan kehadirannya ke majlis berkenaan dan turut ada bergambar bersama.